Friday, 25 March 2016

Kosmetik Bebas Bahan Kimia



ASSALAMUALAIKUM semua..

Semoga sihat dan ceria selalu. Hari nie kite nak ckp pasal ape ye ?? cer teka ?? hehehehe. Ok gurau ! hari nie jihah nak cite pasal Paraben.. Apa tuu Paraben ?? pernah dengar org ckp, tapi tak tahu apaa. Haa kali nie jihah cite apa tu paraben. Bahaya ke paraben pada kesihatan kita ??

Image result for PARABEN

APA TU PARABEN ?


Paraben ini digunakan sebagai pengawet dalam produk penjagaan diri, makanan dan juga ubatan. Pengilang menggunakannya kerana ianya murah dan berkesan untuk membolehkan sesuatu produk mempunyai jangka hayat yang panjang.

Terdapat beberapa jenis paraben dengan jenis yang biasa digunakan adalah:

ü  Methylparaben
ü   Ethylparaben
ü  Propylparaben
ü  Butylparaben

Masalah dengan Paraben adalah terdapat kajian yang menunjukkan ianya adalah toksid dan ditemui di dalam darah pengguna pada tahap yang tinggi. Disebabkan paraben biasanya digunakan dalam kosmetik, wanita khususnya adalah yang berisiko tinggi terdedah kepada paraben.

Di sebalik pelbagai debat mengenai paraben, Perancis, Denmark dan beberapa Negara lain telah mengharamkan penggunaannya.

Pada  April 2014, European Commission telah mengubah regulasi kosmetik Kesatuan Eropah dan memasukkan lima paraben sebagai bahan yang TIDAK DIBENARKAN dalam produk kosmetik iaitu:

•           Isopropylparaben
•           Isobutylparaben
•           Phenylparaben
•           Benzylparaben
•           Pentylparaben.

ADAKAH INI YANG ANDA INGINKAN DARI BAHAN KOSMETIK ?

Gangguan hormone
Kaitan dengan kanser payu dara
Reaksi alergik
  Kemerahan kulit
Pengurangan sperma bagi lelaki
  Gangguan perkembangan janin bagi perempuan mengandung

BAGAIMANA PARABEN BOLEH BERTINDAK PADA TUBUH BADAN KITA ?

Paraben bersifat anti-bakteria dan anti-kulat dan disebabkan itu ia digunakan sebagai pengawet menghalang pertumbuhan kebanyakan jenis bakteria dan kulat untuk memanjangkan tempoh hayat produk yang dihasilkan serta bertujuan untuk memberi kesan anti-bakteria dan anti-kulat kepada pengguna produk kosmetik berkenaan. Biasanya lebih daripada satu jenis paraben digunakan dalam sesuatu produk untuk kesan yang lebih baik dengan jumlah yang kecil.

Paraben boleh memasuki badan kita melalui kulit seperti mekap, krim pelembap, krim rambut serta ditelan atau dimakan melalui mulut seperti ubat-ubatan, makanan dan minuman. Sejurus methylparaben memasuki badan, ia akan dihidrolisis kepada para-hydroxybenzoic acid dan dikumuhkan melalui air kencing dan tiada bukti yang menunjukkan ia terkumpul dalam badan dan disahkan oleh FDA selamat digunakan dalam kuantiti yang kecil.

Cosmetic Ingredient Review (CIR) telah menganalisa tahap keselamatan penggunaan methylparaben, butylparaben dan propylparaben dalam barangan kosmetik pada tahun 1984 dan mengesahkan yang ianya selamat digunakan dalam barangan kosmetik sehingga tahap 25%. Walaubagaimanapun kandungan paraben yang biasa terdapat dalam produk kosmetik hanyalah sekitar 0.01% hingga 0.3% sahaja dan selamat digunakan.


KAJIAN YANG MEMBUKTIKAN KEGUNAAN PARABEN TERHADAP TUBUH BADAN

Kajian membuktikan terdapat paraben ditemui di dalam ketumbuhan payu dara selepas ujian biopsy dilakukan. Manakala satu kajian di UK pada 2004 mendapati 5 jenis paraben ditemui dlam ketumbuhan kanser dalam 19 daripada 20 wanita yang dibuang.

Dalam satu kajian di Jepun, paraben juga didapati pendedahan kepada paraben khususnya butylparaben boleh mengurangkan kandungan sperma dalam lelaki dan menyebabkan “feminization of boys.”


APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN ?

Setiap hari, seorang wanita akan menggunakan beberapa jenis produk yang mengandungi parabens. Wanita Korea menggunakan sehingga 10 produk berbeza setiap hari. Bayangkan, anda telah menggunakan produk yang mengandungi paraben puluhan tahun.

1.      Apa yang anda boleh lakukan ialah setiap kali anda membeli produk, pastikan anda melihat kandungan/ingredients setiap produk anda samada ianya mengandungi paraben atau tidak. Jika ada alternative produk yang tidak mengandungi paraben, ia sepatutnya menjadi pilihan anda.

2.      Utamakan produk berlabel Halal.


Pengeluar produk kosmetik yang masih menggunakan paraben berkenaan hanya dibenarkan dijual sehingga 30 Oktober ini sahaja dan semua produk sama sekali tidak dibenarkan mengandungi paraben mulai 30 Julai 2015.

No comments:

Post a Comment