Wednesday, 23 March 2016

Cara Jaga Kulit

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Kakak-kakak, kawan-kawan, orang tga baca blog saya tuuu ! haa yang tengah senyum tuuu !! hahahahaha. Selamat pagi. Sihat semua ? Alhamdulillah diberi peluang lagi untuk melihat alam ciptaan Tuhan. SubhanaALLAH !

#RINDU

Lame tak tulis blog. Sebab banyak kerja yang perlu selesai kan dulu. Ok, tapi takpe ! Hari nie saya nak ceritakan tentang penjagaan kulit yang perlu remaja perlu tahu. Jangan pandang remeh yee terhadap kebersihan yeee. Sebab kebersihan tu melambangkan siapa kita. Ingatlah apa yang kita buat tuu melambangkan identity kite siapa. Ok ! masuk pada topik.. hahahaha maaf lari topik.

CARA PENJAGAAN YANG PERLU KITA TAHU

Salah satu perkara yang penting dalam penjagaan kulit muka adalah kebersihannya. Sekiranya anda inginkan kulit yang cantik bersih, anda perlu kerapkan mencucinya dengan cara dan langkah yang betul.

1. Cuci Muka Setiap Hari

Untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci anda perlu selalu mencucinya dengan konsisten. Petua ini adalah perkara utama dan anda perlu amalkannya setiap hari, jika anda mahu mendapatkan hasil yang memuaskan.
Membersihkan muka dengan kerap bukan sahaja boleh mengembalikan kelembapan yang sesuai untuk kulit muka, bahkan ia juga boleh menyegarkan badan anda.

2. Gunakan Sabun/Pencuci Muka yang Sesuai, Pada Masa yang Tepat

Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda mudah kering.
Lagipun, sabun pencuci muka direka untuk kulit muka. Kebanyakan produk yang anda boleh dapatkan dipasaran memuatkan nutrisi dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit muka.
Kulit muka adalah antara kulit badan yang paling sensitif, oleh itu jagalahnya dengan baik.

3. Bilas Dengan Sempurna

Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, adalaha terbaik jika anda bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.
Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda.

4. Keringkannya Dengan Betul

Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jika anda menggunakan tuala/tisu muka yang kotor, muka anda ada kemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteria.

Apa yang kena buat ???

Cuci muka à gunakan pencuci muka à bilas à kering ! senang kan ??? selamat mecuba ! terima kasih semua !!! sayang kalian kerana Illahi..

Kepada wanita yang sangat obses untuk menjaga kecantikan kulit wajah cantik berseri haruslah berwaspada dalam mengamalkan produk kecantikan yang berlambak di pasaran. Pastikan produk kecantikan itu selamat, tiada bahan kimia, dan halal. Kalau boleh amalkan produk yang merawat dari dalaman kulit. Bila dalaman sihat luaran pasti sihat dan cantik berseri. Betul tak?

Jika uols mencari produk kecantikan kulit wajah cantik berseri yang selamat dan semulajadi, bolehlah klik link yang tersenarai di bawah ini:


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ NAJIHAH AJIRAH
♥ sms/whatsApp:  0139655836
♥ Fb: Ajirah Hashim


No comments:

Post a Comment