Saturday, 6 August 2016

Kebaikan Air Pada Tubuh Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Lama akak tak tulis blog. Heheheheh.  Rindu jugak nak karang blog. Huhuhu. Tapi takpe, Alhamdulillah malam nie Allah SWT izinkan saya menulis blog tentang pentingnya air kepada tubuh kita.

Nak tanye korang, Kenapa kita perlu minum air yang bersih yee ?


Kerana air tersangat penting utk badan kita. Jika kita meminum air yang kotor, kita mudah diserang penyakit berbahaya, merosakkan organ2 dalaman, dan macam2 kesan buruk lagi.

Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1.      . Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

2.      Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih. Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3.      Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa. Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

Adakah anda rasa setiap hari anda meminum air dengan secukupnya?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.
Anda perlukan Air yang mencukupi kerana ia dapat membantu Supplement Shaklee bertindak lebih pantas dan Optimum!

Oleh itu, mulai saat ini, minum lah air yang bersih dan ditapis.
Utk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui :

 whatsapp saya/ jihah 013-9655836. 

Friday, 25 March 2016

Kosmetik Bebas Bahan Kimia



ASSALAMUALAIKUM semua..

Semoga sihat dan ceria selalu. Hari nie kite nak ckp pasal ape ye ?? cer teka ?? hehehehe. Ok gurau ! hari nie jihah nak cite pasal Paraben.. Apa tuu Paraben ?? pernah dengar org ckp, tapi tak tahu apaa. Haa kali nie jihah cite apa tu paraben. Bahaya ke paraben pada kesihatan kita ??

Image result for PARABEN

APA TU PARABEN ?


Paraben ini digunakan sebagai pengawet dalam produk penjagaan diri, makanan dan juga ubatan. Pengilang menggunakannya kerana ianya murah dan berkesan untuk membolehkan sesuatu produk mempunyai jangka hayat yang panjang.

Terdapat beberapa jenis paraben dengan jenis yang biasa digunakan adalah:

ü  Methylparaben
ü   Ethylparaben
ü  Propylparaben
ü  Butylparaben

Masalah dengan Paraben adalah terdapat kajian yang menunjukkan ianya adalah toksid dan ditemui di dalam darah pengguna pada tahap yang tinggi. Disebabkan paraben biasanya digunakan dalam kosmetik, wanita khususnya adalah yang berisiko tinggi terdedah kepada paraben.

Di sebalik pelbagai debat mengenai paraben, Perancis, Denmark dan beberapa Negara lain telah mengharamkan penggunaannya.

Pada  April 2014, European Commission telah mengubah regulasi kosmetik Kesatuan Eropah dan memasukkan lima paraben sebagai bahan yang TIDAK DIBENARKAN dalam produk kosmetik iaitu:

•           Isopropylparaben
•           Isobutylparaben
•           Phenylparaben
•           Benzylparaben
•           Pentylparaben.

ADAKAH INI YANG ANDA INGINKAN DARI BAHAN KOSMETIK ?

Gangguan hormone
Kaitan dengan kanser payu dara
Reaksi alergik
  Kemerahan kulit
Pengurangan sperma bagi lelaki
  Gangguan perkembangan janin bagi perempuan mengandung

BAGAIMANA PARABEN BOLEH BERTINDAK PADA TUBUH BADAN KITA ?

Paraben bersifat anti-bakteria dan anti-kulat dan disebabkan itu ia digunakan sebagai pengawet menghalang pertumbuhan kebanyakan jenis bakteria dan kulat untuk memanjangkan tempoh hayat produk yang dihasilkan serta bertujuan untuk memberi kesan anti-bakteria dan anti-kulat kepada pengguna produk kosmetik berkenaan. Biasanya lebih daripada satu jenis paraben digunakan dalam sesuatu produk untuk kesan yang lebih baik dengan jumlah yang kecil.

Paraben boleh memasuki badan kita melalui kulit seperti mekap, krim pelembap, krim rambut serta ditelan atau dimakan melalui mulut seperti ubat-ubatan, makanan dan minuman. Sejurus methylparaben memasuki badan, ia akan dihidrolisis kepada para-hydroxybenzoic acid dan dikumuhkan melalui air kencing dan tiada bukti yang menunjukkan ia terkumpul dalam badan dan disahkan oleh FDA selamat digunakan dalam kuantiti yang kecil.

Cosmetic Ingredient Review (CIR) telah menganalisa tahap keselamatan penggunaan methylparaben, butylparaben dan propylparaben dalam barangan kosmetik pada tahun 1984 dan mengesahkan yang ianya selamat digunakan dalam barangan kosmetik sehingga tahap 25%. Walaubagaimanapun kandungan paraben yang biasa terdapat dalam produk kosmetik hanyalah sekitar 0.01% hingga 0.3% sahaja dan selamat digunakan.


KAJIAN YANG MEMBUKTIKAN KEGUNAAN PARABEN TERHADAP TUBUH BADAN

Kajian membuktikan terdapat paraben ditemui di dalam ketumbuhan payu dara selepas ujian biopsy dilakukan. Manakala satu kajian di UK pada 2004 mendapati 5 jenis paraben ditemui dlam ketumbuhan kanser dalam 19 daripada 20 wanita yang dibuang.

Dalam satu kajian di Jepun, paraben juga didapati pendedahan kepada paraben khususnya butylparaben boleh mengurangkan kandungan sperma dalam lelaki dan menyebabkan “feminization of boys.”


APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN ?

Setiap hari, seorang wanita akan menggunakan beberapa jenis produk yang mengandungi parabens. Wanita Korea menggunakan sehingga 10 produk berbeza setiap hari. Bayangkan, anda telah menggunakan produk yang mengandungi paraben puluhan tahun.

1.      Apa yang anda boleh lakukan ialah setiap kali anda membeli produk, pastikan anda melihat kandungan/ingredients setiap produk anda samada ianya mengandungi paraben atau tidak. Jika ada alternative produk yang tidak mengandungi paraben, ia sepatutnya menjadi pilihan anda.

2.      Utamakan produk berlabel Halal.


Pengeluar produk kosmetik yang masih menggunakan paraben berkenaan hanya dibenarkan dijual sehingga 30 Oktober ini sahaja dan semua produk sama sekali tidak dibenarkan mengandungi paraben mulai 30 Julai 2015.

Wednesday, 23 March 2016

Cara Jaga Kulit

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Kakak-kakak, kawan-kawan, orang tga baca blog saya tuuu ! haa yang tengah senyum tuuu !! hahahahaha. Selamat pagi. Sihat semua ? Alhamdulillah diberi peluang lagi untuk melihat alam ciptaan Tuhan. SubhanaALLAH !

#RINDU

Lame tak tulis blog. Sebab banyak kerja yang perlu selesai kan dulu. Ok, tapi takpe ! Hari nie saya nak ceritakan tentang penjagaan kulit yang perlu remaja perlu tahu. Jangan pandang remeh yee terhadap kebersihan yeee. Sebab kebersihan tu melambangkan siapa kita. Ingatlah apa yang kita buat tuu melambangkan identity kite siapa. Ok ! masuk pada topik.. hahahaha maaf lari topik.

CARA PENJAGAAN YANG PERLU KITA TAHU

Salah satu perkara yang penting dalam penjagaan kulit muka adalah kebersihannya. Sekiranya anda inginkan kulit yang cantik bersih, anda perlu kerapkan mencucinya dengan cara dan langkah yang betul.

1. Cuci Muka Setiap Hari

Untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci anda perlu selalu mencucinya dengan konsisten. Petua ini adalah perkara utama dan anda perlu amalkannya setiap hari, jika anda mahu mendapatkan hasil yang memuaskan.
Membersihkan muka dengan kerap bukan sahaja boleh mengembalikan kelembapan yang sesuai untuk kulit muka, bahkan ia juga boleh menyegarkan badan anda.

2. Gunakan Sabun/Pencuci Muka yang Sesuai, Pada Masa yang Tepat

Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda mudah kering.
Lagipun, sabun pencuci muka direka untuk kulit muka. Kebanyakan produk yang anda boleh dapatkan dipasaran memuatkan nutrisi dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit muka.
Kulit muka adalah antara kulit badan yang paling sensitif, oleh itu jagalahnya dengan baik.

3. Bilas Dengan Sempurna

Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, adalaha terbaik jika anda bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.
Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda.

4. Keringkannya Dengan Betul

Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jika anda menggunakan tuala/tisu muka yang kotor, muka anda ada kemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteria.

Apa yang kena buat ???

Cuci muka à gunakan pencuci muka à bilas à kering ! senang kan ??? selamat mecuba ! terima kasih semua !!! sayang kalian kerana Illahi..

Kepada wanita yang sangat obses untuk menjaga kecantikan kulit wajah cantik berseri haruslah berwaspada dalam mengamalkan produk kecantikan yang berlambak di pasaran. Pastikan produk kecantikan itu selamat, tiada bahan kimia, dan halal. Kalau boleh amalkan produk yang merawat dari dalaman kulit. Bila dalaman sihat luaran pasti sihat dan cantik berseri. Betul tak?

Jika uols mencari produk kecantikan kulit wajah cantik berseri yang selamat dan semulajadi, bolehlah klik link yang tersenarai di bawah ini:


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ NAJIHAH AJIRAH
♥ sms/whatsApp:  0139655836
♥ Fb: Ajirah Hashim


kulit cantik


Assalamualaikum wbt …

Sahabat-sahabat, guru-guru dan wanita yang disayangi Allah SWT sekalian…

Wanita ialah idaman kepada lelaki. Tahukah wahai wanita bahawa lelaki memang suka wanita yang cantik semula jadi?  Cantik luaran tidak kekal selamanya. Jadi janganlah risau sangat! Yang penting adalah cantik dalaman kerana ia akan kekal dan disanjung tinggi jika kita berpekerti mulia dan baik hati. Betul tak?

Kali ini saya ingin ceritakan tentang kecantikan..

Wanita mana yang tidak mahukan kecantikan yg berkekalan kan?. sana sini sibuk hal kecantikan. Kalau mereka-mereka yg berduit sanggup ke pusat-pusat kecantikan utk buat treatment pada wajah or kulit..  cucuk botok la, cucuk itu la cucuk ini.. sgt berisiko cara ini ok.

Ok skrg kita pasal menjaga kecantikan, kalau dulu wanita yg berkahwin or dah beranak pinak baru sibuk nak cari jamu la cari pil2 supaya nak cantik. Tp zaman sekarang dapat di perhati kan yg remaja-remaja perempuan pun sudah mula menjaga kecantikan dari peringkat awal sampai la ke peringkat yg lebih berusia. Tahniah saya ucapkan. Semua pun dah tahu menitik beratkan tentang kesuburan dan keanjalan kulit yg bersih, tegang dan cantik.

Kepada wanita yang sangat obses untuk menjaga kecantikan kulit wajah cantik berseri haruslah berwaspada dalam mengamalkan produk kecantikan yang berlambak di pasaran. Pastikan produk kecantikan itu selamat, tiada bahan kimia, dan halal. Kalau boleh amalkan produk yang merawat dari dalaman kulit. Bila dalaman sihat luaran pasti sihat dan cantik berseri. Betul tak?

Jika uols mencari produk kecantikan kulit wajah cantik berseri yang selamat dan semulajadi, bolehlah klik link yang tersenarai di bawah ini:


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ NAJIHAH AJIRAH
♥ sms/whatsApp:  0139655836
♥ Fb: Ajirah Hashim