Assalamualaikum
dan salam sejahtera !
Lama
akak tak tulis blog. Heheheheh. Rindu jugak
nak karang blog. Huhuhu. Tapi takpe, Alhamdulillah malam nie Allah SWT izinkan
saya menulis blog tentang pentingnya air kepada tubuh kita.
Nak
tanye korang, Kenapa kita perlu minum air yang bersih yee ?
Kerana
air tersangat penting utk badan kita. Jika kita meminum air yang kotor, kita
mudah diserang penyakit berbahaya, merosakkan organ2 dalaman, dan macam2 kesan
buruk lagi.
Air
sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia
maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan
kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam
memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
1. .
Air melancarkan proses penghadaman.
Selain
serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan
buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila
anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan
menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk
anda keluarkan sisa buangan badan.
2. Air
membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila
anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami
dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih. Terutama sekali ketika anda
melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera
dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air,
jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Mencantikkan
kulit anda.
Jika
anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai
tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali
mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama
mereka. Tidak kira masa. Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan
mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.Apabila anda dehidrasi,
garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap
meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda
dan cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah
dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
Adakah
anda rasa setiap hari anda meminum air dengan secukupnya?
Melalui
saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap
hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air
yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya
anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.
Anda
perlukan Air yang mencukupi kerana ia dapat membantu Supplement Shaklee
bertindak lebih pantas dan Optimum!
Oleh
itu, mulai saat ini, minum lah air yang bersih dan ditapis.
Utk
sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui :
whatsapp saya/ jihah 013-9655836.
