Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum .
Rambut gugur
secara berlebihan sehingga menyebabkan rambut menipis dan alami kebotakkan sama
ada keguguran buat sementara atau tetap dinamakan"Alopecia" .
Rambut mempunyai kitaran sendiri,di mana ia akan gugur
dan tumbuh semula setelah melalui beberapa peringkat atau fasa tertentu.
Setiap bulan rambut akan tumbuh atau panjang sebanyak
1 cm dan tumbuh ditempat rambut gugur.
Setiap hari rambut gugur kurang 90% daripada rambut di
kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan,manakala 10% lagi berada dalam fasa
rehat.
Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut
kitaran iaitu lebih kurang 100 helai rambut sehari.
7 Tips Penting Untuk Mengelakkan Rambut Gugur .
1. Elakkan dandanan rambut yang menarik atau
meregangkan rambut anda. Menjalin rambut (braid), mengikat rambut dengan kuat
akan menyebabkan rambut anda tertarik dan juga memberikan tekanan kepada kulit
kepala. Rambut yang tertarik dengan kuat akan mudah gugur dengan sendirinya.
2. Amalkan pemakanan yang seimbang yang mengandungi
buah-buahan dan sayur-sayuran. Kedua duanya bukan sahaja sangat baik untuk
kesihatan malahan ia mengandungi flavonoids dan antioxidants yang melindungi
folikel rambut.
3. Pastikan Anda Ada Micronutrients Yang Mencukupi
Untuk Rambut . Ambillah vitamin dan micronutrients sebagai sebahagian
pemakanan anda. Vitamin B complex,
vitamins E and C, zinc dan biotin membantu meningkatkan kekuatan dan kesihatan
rambut. Zinc adalah mineral yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang
sempurna. Jika ada terpaksa pilih satu sahaja supplement, pilihlah zinc
terlebih dahulu.
4 .Pilihlah shampoo yang kandungannya berkualiti.
Shampoo yang mengandungi biotin atau silica akan mengikatkan pertumbuhan rambut
dan merangsang pertumbuhan folikel. Gunakan shampoo sebegini dengan consistent
dan bilas dengan menggunakan air sejuk.
5. Gunakan sikat yang giginya jarang. Ia mengurangkan
kadar kekusutan and juga kurangkan kadar tarikan pada rambut anda. Daya tarikan
yang kuat sememangnya akan meningkatkan kadar keguguran rambut.
6. Elakkan dari mendandan rambut dengan alatan yang
panas seperti mengering rambut menggunakan hot dryers… menggosok rabut (hair
iron) semua ini menggalakkan keguguran rambut. Biarkan rambut anda kering
secara semulajadi dan dandanlah rambut anda secara semulajadi. Jika anda memang
suka mendandan rambut, pilhlah dandanan yang menggunakan setting suhu yang
paling kurang panas.
7. Elakkan stress! Saat adanya anak kecil kadang
meningkatkan tahap stress kita kan? …ia buat kita letih, sibuk, kurang rehat
dan kurang tidur… jadi carilah jalan sebolehnya untuk kurang dan elakkan stress
yang berlebihan… STRESS boleh menambahkan lagi rambut yg gugur..
No comments:
Post a Comment