Thursday, 14 May 2015

Jatuh Cinta Dengan Soya Shaklee

Bismillahirahmanirahim ..

Assalamualaikum wbt ..


Hari nie saya nak cerite pasal pengalaman saya minum ESP Shaklee ni . Masa mula-mula saya join shaklee nie , saya study jee pasal supplement shaklee dan saya tengok testimoni ramai yang berkesan setelah minum ESP Shaklee ni . Setelah baca sedikit sebanyak mengenai khasiatnya saya sendiri memang amat tertarik untuk cuba sendiri ESP . Orang kata tak kenal maka tak cinta .

Apa itu ESP Shaklee ? Bagi yang tak tahu tu mari saya perkenalkan. ESP adalah singkatan kepada 'Energizing Soy Protein' sejenis minuman tambahan diperbuat dari soya yang sangat sedap!  Energizing Soy Protein Shaklee juga telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia kerana banyak kajian klinikal telah dijalankan ke atas produk ini dan hasilnya ialah protein berkualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. ESP hanya mengandungi kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik), yang diproses di bawah suhu rendah. Tahukah anda? Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Hari pertama minum ESP Shaklee , saya bancuhkan ESP dengan air suam , sebab saya memang jenis tak suka air manis . Saya suka air masak je . Jadi tak susah nak telan ESP ni . Saya suka keaslian soya tu . SEDAP !!

Boleh kenyang ke hanya dengan minum air minuman macam ni?? Boleh...saya sendiri telah mengalaminya dan buktinya kalau selalu sekitar jam 10-12 pagi saya akan rasa sangat lapar walaupun pagi tu dah makan banyak..tapi sejak minum ESP ni saya dah tak rasa lapar lagi sewaktu cikgu mengajar di dalam kelas . Biasanya saya cuma minum air masak yang telah saya sediakan. Maklumlah..cuaca yang panas  ni akan menyebabkan kita sentiasa haus. Itu saya masih amalkan walaupun dah minum ESP. Satu kewajipan .

No comments:

Post a Comment