Tuesday, 21 April 2015

Penyebab jerawat


Mengapa remaja sering kali mengalami masalah jerawat yang banyak?

Sememangnya, jerawat antara masalah merunsingkan remaja. Selalunya, jerawat mula muncul pada awal atau pertengahan baligh iaitu pada usia remaja . Berikut disenaraikan sedikit penerangan mengenai punca jerawat di kalangan remaja .




1.Tekanan (Stress)


Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah. Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal :

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi :

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

2.Pemakanan 

Jerawat adalah sebahagian daripada resdung, oleh itu elakkan makanan penyebab `gatal' seperti belacan dan sebagainya. Ini tidak benar kerana resdung diistilahkan sebagai sejenis penyakit alahan. Jerawat bukan berpunca daripada alahan...



3.Faktor Genetic .

Faktor keturunan atau genetik adalah punca utama jerawat. Ada tiga keadaan yang biasa dialami pesakit jerawat iaitu kulit berminyak, pengelupasan semula jadi sel kulit mati yang tidak normal dan kehadiran bakteria Proprionibacterium acnes yang banyak di dalam kulit.





4.Allergic atau alahan .

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.


5.Persekitaran & Pencemaran .

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.


6.Jangkitan pada kulit & Resdung.

Jerawat disebabkan kulit kotor atau tidak dicuci bersih. Jerawat tidak terjadi akibat kulit kotor. Sebaliknya, ia disebabkan penghasilan berlebihan kelenjar minyak dan pengumpulan sel kulit mati, sebum (minyak) serta bakteria yang menyebabkan keradangan di dalam poripori kulit.




1 comment: