Kulit Berminyak |
Kulit berminyak berlaku daripada
hasil pengeluaran sebum berlebihan iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan
secara semulajadi dari kulit kita.
Atasi Wajah Berminyak Dan Berjerawat
Dengan Cara Mudah
1. Pastikan
wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.
2. Jangan
terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.
3. Bersihkan
wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.
4. CUCI
wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih
yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam
urutan berputar.
5. Jangan
lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan
iritasi.
6. Elakkan
daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit
menjadi bengkak, merah dan berparut.
7. Jagalah
kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari
yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
8. Hentikan
menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.
9. Sering
berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih
10. Lindungi
kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih
banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Jika
jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan
dapat menyerap peluh.
12.
Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.
Apa Sebab Kulit Berminyak ?
- Selalu letih.
- Tidur yang tidak mencukupi .
- Stress ( badan akan menghasilkam androgen yang berlebihan dan akan menjadi sebab terhasilnya sebun yang berlebihan )
- Perubahan cuaca .
- Penggunaan alat penjagaan muka atau kosmetik .
- Ketidakseimbangan hormon .
- Persekitaran (habuk , kotoran, debu )
No comments:
Post a Comment